Sunday, July 6, 2014

Buat Label Sendiri - PART 1

Bila kita nak buat label ni, kite mesti ade design, bagi smz untuk buat design perlukan banyak kreativiti dan idea..barulah kita puas hati...bahagian PART 1 ni, smz akan ajar cara untuk create design. Anda boleh gunakan cara ni untuk edit gambar, buh watermark, buat name card, buat header dan sebagainya...

Langkah pertama; Install Software Photoscape dalam pc/laptop..nak download bleh pegi kat sini photoscape download free

Dah download, bolehlah ikut step seperti dalam gambar di bawah nii...harap gambar nih dapat membantu anda edit dan buat design sendiri...


#macam nih rupa photoscape. untuk buat design, tekan pada EDITOR.

-ni rupanya bila kita klik editor.



-untuk buat design baru, klik pada bahagian MENU (sebelah kanan), Tekan NEW PHOTO.


-Saya suka guna size besar, ambik 800x400...
-Akan kuar kotak putih mcm dalam gambar.



-sekiranya anda nak tambah gambar, Tekan OBJECT, guna icon kotak gambar belah kiri, PHOTO...akan kuar folder, ambiklah gambar yang kita suka, boleh lah edit ikut kesukaan dan idea kreativiti anda. 
-Untuk buat ayat/perkataan tekan huruf T....
-Nak tambah frame, tekan HOME, pastu carilah frame anda suke..

-dah pun siap design saya, ringkas sahaja untuk kelas kita..hehehe....
-bila dah puas hati, bolehlah save file nih...tekan SAVE (belah kiri)


-Tekan SAVE AS.....save tempat yang anda mudah cari nanti.
-opssssss....belum habis lagi ye...nnati kita cari balik fail untuk mirrorkan design tuh...

-Ok. dah save kan, tutup dan bukak balik photoscape, tekan balik EDITOR, ambil fail yang anda buat tadi di bahagian kiri, (refer gambar). Pastu klik kat gambar.

-gambar yang anda buat tadi dah ada kat skrin, pastu tekan HOME, tekan icon MIRROR...
-kenape kita nak terbalikkan gambar nih
-sebabnya nnati kita nk iron atas reben, dia kan jadi terbalik plak..eh paham ke ayat nih...pahamlah je kan..Hihihih

-dah jadi terbalik kan, kita SAVE AS file nih...jangan guna SAVE, ko-kot nnati gambar asal kita nk guna untk benda lain...
-namakan dengan nama yang lain...

dh siap kerja PART 1 kite..tunggu kemunculannya untuk PART 2 nnati.....salam Ramadhan semua...sekira tak faham boleh ajukan soklah dibawah komen ye..terima kasih sudi jenguk blog saye yg tk seberapa nih...


glitter-graphics.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...