Monday, August 9, 2010

Next Order..Hp Case



Tempahan yg sudah lama terperap..

cuma dapat disiapkan selepas 3 minggu..huhuhu

HP Chain Gitar by Khalifah..

Bhg Belakang: Huruf A

Front: Hp Case Butterfly 4 Dina
Back: Dina's Name


Warghhhh!!! Takutnyer...
Domo Hp Case 4 Alya & Farna
makan budak..........





Friday, August 6, 2010

PRODUK TRADISIONAL BERDAFTAR YANG DISAHKAN DICAMPUR RACUN TERKAWAL

PRODUK & KANDUNGAN BERACUN

1. PRONOTON -MAL20033871T -SILDENAFIL
2. VENERGY CAPSULE -MAL04125617T- ACETILDENAFIL
3. SPARTAN -MAL06121203TC -ACETILDENAFIL
4. JINGLIDA -MAL07031203T -AMINOTADALAFIL
5. TOMABEST -MAL08031347T -AMINOTADALAFIL
6. SUPAI 99 TONGKAT ALI PLUS -MAL20034856TE -SILDENAFIL
7. VNG400 -MAL20081810TE -AMINOTADALAFIL
8. VEGROW -MAL08111900TC -ACETILDENAFIL
9. GOJI PLUS CAPSULE -MAL08051654TC -THIOSILDENAFIL
10. PROMAX CAPSULE -MAL08082464TC -THIODIMETHYLSILDENAFIL
11. KINTOP -MAL20032350T -SIBUTRAMINE
12. AMBERINE -MAL06021239T -SIBUTRAMINE
13. PHYTOSHAPE -MAL05101774T -SIBUTRAMINE
14. BODY BEAUS -MAL06030982TCS -SIBUTRAMINE
15. BMI-9 XYLIMMING CAPSULE -MAL06071278TC -SIBUTRAMINE
16. SENNA PLUS CAPSULE -MAL06100615TC -SIBUTRAMINE
17. 357 NASAL SPRAY -MAL06061468T -DEXAMETHASONE
18.ENG LEONG CORDYCEPS CHUANBEI PLUS COUGH PILL
-MAL19992654TC -DIPHENHYDRAMINE

PRODUK KOSMETIK YANG DISAHKAN DICAMPURPALSU DENGAN HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

PRODUK & KANDUNGAN BERACUN




1 ERIESYA SPA BEAUTY CREAM -HYDROQUINONE

2 ATIKA BEAUTY RENEWAL CREAM -HYDROQUINONE & TRETINOIN

3 TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA -TRETINOIN

4 RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM -TRETINOIN

5 TIA AMELIA KRIM JERAGAT -HYDROQUINONE & TRETINOIN

6 CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM -TRETINOIN

7 RZAC WHITE PEARL CREAM -TRETINOIN

8 NURIZ DAY & NIGHT CREAM -HYDROQUINONE & TRETINOIN

9 ELITE RIAS ER CREAM -HYDROQUINONE & TRETINOIN

10 R&Z WHITENING NIGHT CREAM -TRETINOIN

11 BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTIPURPOSE CREAM -TRETINOIN

12 PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX -TRETINOIN

13 ZARA REJUVENATION CREAM -HYDROQUINONE

14 NATASYA KRIM HERBA GOLD -HYDROQUINONE & TRETINOIN

15 NATASYA KRIM HERBA -HYDROQUINONE & TRETINOIN

16 DE PUTIH NIGHT CREAM -TRETINOIN

17 KRIM MALAM MISHA -HYDROQUINONE & TRETINOIN


Berhati-Hati Dengan Produk Campuran, Kosmetik

1. Adalah amat membimbangkan jika kita melihat kepada kecenderungan
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mencampurkan produk-produk keluaran
mereka yang berupa ubat-ubatan tradisional, makanan atau minuman kesihatan dan
kosmetik dengan bahan-bahan racun (ubat terkawal). Antara yang paling popular
ialah:

a. bahan aktif perangsang seks lelaki seperti sildenafil, tadalafil,
verdanafil atau analog-analog kepada bahan tersebut,
b. bahan aktif untuk mengurangkan selera makan seperti
sibutramine dan analognya,
c. bahan antiinflamatori seperti dexamethasone dan bahan kimia
dari kumpulan `Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAID),
d. kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan pemutih
hydroquinone dan ubat jerawat tretinoin.

2. Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk
rawatan “erectile dysfunction” yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh
seorang doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor.
Kesan sampingan ubat-ubat ini adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika
diambil tanpa pengawasan seorang doktor di antaranya ialah; serangan jantung,
strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran
dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

Sibutramine merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan
penurunan berat badan dengan bertindak secara mengurangkan nafsu
makan. Penggunaan ubat ini hanyalah melalui diagnosis seorang doktor
atau dibekalkan oleh seorang ahli farmasi berlesen dengan preskripsi
seorang doktor. Di antara kesan-kesan sampingan yang merbahaya
terhadap pengambilan ubat ini ialah kegagalan jantung, kegagalan buah
pinggang dan kesan kardiovaskular.

Hydroquinone adalah bahan kimia yang dilarang dalam sebarang
sediaan kosmetik dan memberi kesan toksik kepada kulit di antaranya
penghitaman, kanser kulit, kering dan kegatalan. Dalam dos yang tinggi
ianya juga boleh menyebabkan kesesakan nafas dan serangan lelah.

Tritinoine biasa digunakan dalam rawatan jerawat. Di antara kesankesan
sampingan bahan ini ialah terbakar pada kulit, gatal,
menggelupas, kekeringan dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultraviolet.

3. Apa yang membimbangkan ialah apabila didapati terdapat juga
pengilang-pengilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang terlibat
sama dengan perbuatan jenayah farmaseutikal ini melalui penglibatan di kilang
mereka sendiri ataupun mereka bersekongkol dengan kilang-kilang yang
diwujudkan secara haram melakukan kegiatan yang serupa tetapi berselindung
sebagai kilang pengeluar bahan makanan kesihatan atau kosmetik.

4. Kegiatan mereka ini walaupun dibuat secara tersembunyi telah dapat
dikesan oleh Pegawai Penguatkuasa Farmasi yang terus membuat pemantauan
pasaran, risikan dan serbuan serta rampasan, Statistik serbuan dan rampasan
bagi 3 tahun kebelakangan ini menunjukkan kegiatan ini sentiasa berterusan.
Jumlah dan nilai rampasan setiap tahun adalah tinggi di mana sejumlah 4,617
produk bernilai RM5,719,851 telah dirampas dalam tahun 2007, 9,679 produk
bernilai RM13,663,854 dalam tahun 2008, 10,458 produk bernilai RM6,756,315
dalam tahun 2009 dan dari Januari sehingga Jun 2010 sejumlah 6,632 produk
bernilai RM4,546,906 telah dirampas.

5. Rampasan terbaru pada 1 Julai 2010 yang lalu mendedahkan sifat tidak
bertanggung jawab pengusaha produk haram ini di mana didapati dari satu
sumber adunan bahan yang sama mereka telah mengeluarkan tidak kurang dari
23 jenama dari pelbagai jenis produk yang jumlah nilai pasarannya mencecah
RM4,933,760. Produk-produk itu dibuat dalam bentuk ubat tradisional, minuman
seperti kopi dan teh, gula-gula, dan juga makanan yang berasaskan susu dan
kolagen. Melihat kepada pembungkusan dan label pada kotak produk-produk ini
kelihatan begitu meyakinkan dengan menggunakan ilustrasi yang begitu kreatif
bertujuan semata-mata untuk mempengaruhi dan mengaburi orang ramai.

6. Peningkatan berbagai jenama produk-produk ini menunjukkan bahawa
kegiatan ini berupaya memberikan keuntungan yang besar melalui kelicikan
mereka menipu masyarakat yang kononnya keluaran mereka adalah
bersumberkan herba atau bahan-bahan asli. Walhal ianya mengandungi bahan
yang sebenarnya cukup berbahaya sekiranya diambil tanpa pengetahuan dan
tidak mengikut arahan yang betul.

7. Selain dari kesan negatif kepada masyarakat Malaysia, produk-produk
ini juga telah dieksport keluar negara dengan penyamaran sebagai ubat
tradisional, makanan kesihatan dan kosmetik. Dikhuatiri hasrat negara untuk
menjadi hub kepada produk tradisional berasaskan herba akan terjejas dengan
teruk apabila tahap kebolehpercayaan masyarakat antarabangsa terhadap
keluaran negara kita merudum dari perbuatan yang keji ini.

8. Saya ingin memberikan amaran kepada pihak-pihak yang terlibat
dengan perbuatan ini supaya berhenti dengan serta merta dari kegiatan yang
boleh membahayakan kesihatan orang awam dan menjejaskan kepentingan
negara ini. Amaran ini juga ditujukan kepada pengedar-pengedar samada runcit
ataupun melalui kaedah jualan langsung supaya tidak bersekongkol. Mereka
boleh menghubungi laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
www.bpfk.gov.my atau Bahagian Perkhidmatan Farmasi www.pharmacy.gov.my
untuk mendapatkan kepastian status produk.

9. Kawalan ke atas produk farmaseutikal dan produk-produk makanan
atau minuman yang dicampurpalsu dengan dadah atau ubat yang terkawal
adalah di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Sabit kesalahan ialah denda
RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi seseorang
individu dan denda RM50,000 bagi sesebuah syarikat.

10. Menyedari bahawa hukuman yang sebanyak itu tidak mungkin akan
mendatangkan keserikan bagi mereka yang berupaya meraih keuntungan jutaan
ringgit dalam masa singkat dari kegiatan ini, maka KKM juga sedang dalam
proses menyemak semula undang-undang yang berkaitan di mana peruntukan
dalam akta yang baru akan lebih setimpal dengan hukuman yang amat keras
untuk menggambarkan betapa perbuatan ini tidak boleh diterima sama sekali.

Thursday, August 5, 2010

Clip Kertas yg tomel..

sye guna clip yg giant..sangat2 besar..nak kepit kamus pun bleh..hahaha
clip nih dh SOLD OUT..

clip yg gemuk..ader span..
SOLD GAK!!

maaf..no clear..kamera jugak yg salah kan..!!

Pencil Case

Pencil Case ni dh lama siap, bukan utk dijual, cuma utk sample jea...sebab ramai yg tanya camna rupanya pencil case dr kain felt ni..itu yg buatkan..

rasa2nyer tertinggal satu benda lah..apa ye?>>...emmmm: asap keretaapi...

bahagian belakang

Wednesday, August 4, 2010

Susu Kambing Hi-Goat

RM36.60 (SM) -1 Kotak
RM41.60 (SS)
RM70.00 (SM)-2 Kotak
RM80.00 (SS)

Produk HR Marketting
Pos Biasa - FREE/ Pos Laju -RM6
Puchong/Bandar Kinrara-Boleh COD

Kelebihan Susu Kambing
  • Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
  • Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
  • Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
  • Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
  • Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
  • Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
  • Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
  • Penyakit deman kuning
  • Penyakit lemah jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
  • Penyakit batuk kering atau TB
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
  • Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja (60 darjah celcius)

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu
  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali bukan asidik seperti susu lembu
  • Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  • Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
  • Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  • Memulihkan tenaga batin dan awet muda

Kelebihan Hi-Goat







glitter-graphics.com

Balik Kg..

Alhamdullilah, walaupun dok atas flight yg bergoyang sampaikan juruterbang terpaksa annoucement suruh duduk kembali ke tempat duduk akibat cuaca yg tak elok..sye & danish selamat sampi ke Lapangan Terbang Sultan Ismail....seronok dapat jumpa ma & abah..Abah masih belum sihat sepenuhnya sejak keluar hospital seminggu lalu..Bertambah terkejut lagi, Abang keduaku balik jugak kt kg..ish!ish!ish!..riuh rendah rumah ma.



glitter-graphics.com

Balik kg memang menyeronokkan, terutama musim buah..hari jumaat, petang, kami ke kebun ambik rambutan (tok ngulu order 20 kilo)..dok dlm kebun terpaksa bawa ridsert & ubat nyamuk...kena2 lagi budak2..habis merah sana sini..


kebun yg penuh nyamuk, mujur takde pacat..
yg lambai tuh, abang sulung:tukang kait buah..

rambutan anak skolah..manis dan mengeliurkan..cepat2 gi pasar tani ye..
ramadan dh nak tiba..nanti kempunan lak..
buah salak..abah jea yg tahu mana satu buah yg masak, manis..

manggis..cantik diluar, cantik lagi didalam..
antioksida tau..

Abah; walaupun demam gi gak kebun..abah, abah,,
seorang yg abah yg degil..hehehe..
Ayam serama jiran sebelah kebun..saje2 upload..kot2 ader yg tk kenal ayam..
a.y.a.m..ayam goreng :upin...

buah langsat yg belum lagi masak..

hah..

bangsal tempat rehat..

emmm...bila lagi la nk dtg sini..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...