Showing posts with label My Berita. Show all posts
Showing posts with label My Berita. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Hukum Makan Tutti Frutti

Hukum Makan Tutti Frutti



Hukum Makan Tutti Frutti | Tutti Frutti adalah sahaja makanan ringan untuk dinikmati semasa berjalan, bershopping dan untuk alas perut kan =). Majoriti mengatakan makanan ini sangat sedap dan harga sangat-sangat mahal. Tetapi adakah kita tahu adakah hukum makan tutti frutti nie?

Dibawah kami sediakan jawapan yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus =)


P/S : Share untuk umum =)

Monday, September 2, 2013

tempahan sulam dihentikan operasi

Assalamualaikum...

semenjak bulan ramadhan lagi smzshoppe sudah hentikan tempahan sulam untuk sementara waktu, tempahan pukal yang masuk ke mesej smz terpaksa ditolak..malah tempahan lain juga smz terpaksa hentikan termasuklah coklat dan kraf...minta maaf kepada semua pelanggan...InsyaAllah, apabila kursus belajar saya tamat, smzshoppe akan kembali jua..

harap maaf.

Monday, May 6, 2013

PRU-13 MALAYSIA



TAHNIAH BUAT PM NAJIB, SEKALI LAGI DIBERI MANDAT MEMERINTAH MALAYSIA..PEACE, NO WAR!!
TUNGGU 5 TAHUN LAGI>>

Saturday, May 4, 2013

Selamat Mengundi PRU 13

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA
PILIHAN PEMIMPIN DI TANGAN ANDA...PEACE!!
PRU 13, 2013

Sebagai rakyat Malaysia kita harus sedar bahawa manfaat sistem Pilihan Raya Umum (PRU) adalah satu kuasa yang diberikan kepada rakyat Malaysia untuk memilih calon-calon perwakilan yang bertanding.
Terletak pada kita untuk memilih siapa yang layak untuk mengisi mandat penting dalam kerajaan melalui sistem mengundi yang adil.
Walau bagaimanapun calon yang dipilih haruslah seorang yang boleh memimpin negara dengan bijak, adil dan saksama.
Undi PRU 13


Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH UTK MALAYSIA!! 4-2

Berakhir kemarau 14 tahun
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta 
smriduan@nstp.com.my
2010/12/30

SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia,  Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.


Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.
Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan. 
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas. 

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...