Showing posts with label My Motivasi. Show all posts
Showing posts with label My Motivasi. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

Kombinasi Kejayaan yg Cemerlang

Kombinasi kejayaan yg cemerlang  :-

Belajar + fahamkan + 100% yakin + praktis  = kejayaan .

😍Doa -
1) Minta sungguh - sungguh dengan Allah spt memahat kukuh impian yg jelas dlm minda &
2) Doa & rayuan yg di zahirkan selepas solat .

😍Usaha :
fully use sepenuh facilities yg Allah " hantarkan"  PERCUMA kpd kita spt teknik pemasaran , effective , pasaran , produk , mentor berpengalaman  . insentif , majlis ilmu dgn bersungguh - sungguh kearah mencapai impian .

😍Ikhtiar - ( ramai yg ambil remeh konsep iktiar kerana mereka hanya fokus pada usaha )
- sentiasa muhasabah diri ...
- Upgrade diri ...
- Baiki kelemahan @ sifat negetif yg telah bertapak dlm diri dan tukarkan kpd sifat positif dgn guide mentor
- Kekalkan sifat positif dan tambahkan lagi sifat - sifat positif kerana
kejayaan yg gemilang & kekal hanya memihak kpd mereka yg rajin upgrade kelemahan diri , berhati baik , bersyukur serta sentiasa sanggup memberi dgn sepenuh hati tanpa terlalu mengira ganjaran diri ...

😍tawakal -
Yakin & baik sangka dengan perancangan Allah yg Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui . Bila kita berusaha belum lagi berjaya . anggap Allah sedang menguji kita utk melihat ketabahan kita . Teruskan berusaha SAMBIL upgrade kelemahan sikap diri & ilmu kerana mungkin kelemahan ini yg menyebabkan kita tak boleh move lagi .
Dan YAKIN lah 100 % bahawa Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemberi tak akan mensia- siakan hamba Nya yg berusaha & beriktiar dgn tekun demi merealisasi impian .
( man jadda wa jadda )

Wallahualam ....
Ilmu ini dari Allah ... Yg baik semua dari Allah .... yg  tak baik itu dari saya yg sentiasa lemah tanpa pertolongan Allah kerana saya tiada apa - apa melainkan dari pemberian Allah .

Tuesday, March 19, 2013

PANDUAN MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE


Sekadar untuk peringatan berkenaan penipuan yang sering dilakukan dalam pengiklanan online seperti Mudah.My,Lelong,Ebay,Lowyat atau dimana-mana laman web, Forum, Blog yang menawarkan perkhidmatan pengkilanan barangan secara percuma.
Antara yang perlu anda tahu kebanyakkan kes pernipuan adalah seperti berikut:
1) KETULINAN BARANGAN

-Menjual barangan yang tidak Orginal, sedangkan yang di iklan mengatakan ianya 100% Orginal.

2) KUALITI BARANGAN

-Menjual barangan yang kita tidak tahu akan kerosakan dalamannya, sedangkan penjual mengatakan 98% masih baru dan tiada sebarang kerosakan. penipu akan memberi pelbagai alasan lagi untuk melariskan penjualan barangan tersebut.

3) KEWUJUDAN BARANGAN

-Menjual barangan yang sangat murah dari harga sebenar dan memberi potongan harga yang tidak munasabah selepas proses tawar menawar untuk menarik perhatian pembeli dengan niat untuk menipu dan menyamun pembeli. sebagai contoh: 
Niat untuk MENIPU duit Pembeli
-Tidak menawarkan perkhidmatan COD (Cash on Delivery), Pembeli diminta untuk membayar wang pendahuluan melalui akaun bank yang ditetapkan oleh penjual sebelum barangan tersebut dihantar melalui Pos laju atau sebagainya. 

Niat untuk MENYAMUN Pembeli
-Menawarkan Perkhidmatan COD (Cash on Delivery), Pembeli diminta datang ditempat yang dijanjikan oleh penjual untuk urusan jual beli, sekiranya pembeli setuju dengan cadangan tersebut, penjual datang membawa teman-temannya untuk tujuan menyamun.

Sebagai langkah berhati-hati, kepada anda yang ingin membeli barangan yang ditawarkan oleh pembeli di Mudah.My atau dimana-mana ruang cyber yang menyediakan perkhidmatan jual beli ini, Sila Pastikan:

1) Anda menggunakan perkhidmatan enjin carian google untuk langkah pemulaan sebelum menghubungi pembeli untuk urusan selanjutnya. cari nombor telifon, akaun bank, email atau serba serbi tentang penjual sekiranya ada rekod jenayah penipuan sebelum ini.

2) Disarankan hanya membeli kepada penjual yang menyediakan perkhidmatan COD (Cash on Delivery) sahaja, dan pastikan aturjanji tersebut ditempat umum dan ramai orang jika anda pergi seorang diri.

3) Bawa teman anda yang arif tentang selok belok barangan yang hendak dibeli supaya anda tidak tertipu dengan kerosakan, ketulinan barangan tersebut yang anda tidak ketahui. kebanyakan pembeli hanya melihat dari luaran sahaja. tanpa memeriksa sepenuhnya fungsi barangan tersebut.

Sekian Terima Kasih

Monday, December 27, 2010

Motivasi Diri


Pagi ni ader meeting, dh menjadi kebiasaan setiap bulan mesti ader seorang atau 2 org yg akan mempersembahkan Speech Comm...atau dengan kata Melayu_nya MINDA/MOTIVASI
tahun 2010, bos kata setiap kita-kita kena adakan satu motivasi tk kisah lah dlm bentuk apa, asalkan kata yg diucap mestilah boleh memotivatekan kerja kita...everyday..///emmm..everyday ya..

pagi nih, giliran sye lak..otak tgh tepu, al-maklumlah akhir tahun, semuanya rasa cam nak tido jea..
cari-cari-cari terjumpa jugaklah speech yg nak dikatakan..mujur jugaklah ader tenet nih ye..
tkyah nk baca buku..orait..kepada semua yg keje, tk keje (rs nk keje) leh la bc motivasi nih..slmat maju jaya..

21 Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Anda
Oleh Taidin Suhaimin 
Bagaimana Memotivasi Diri, Cara-Cara Meningkatkan Motivasi Diri, Meningkatkan Motivasi Diri, Kaedah Berkesan Memotivasi Diri, Suntikan Motivasi, Mengatasi Perasaan Malas, Artikel Motivasi, Perunding Motivasi, Taidin Suhaimin
Bagaimana Memotivasi Diri, Cara-Cara Meningkatkan Motivasi Diri, Meningkatkan Motivasi Diri, Kaedah Berkesan Memotivasi Diri, Suntikan Motivasi, Mengatasi Perasaan Malas, Artikel Motivasi, Perunding Motivasi, Taidin Suhaimin
Artikel ini memaparkan 21 cara yang berkesan untuk meningkatkan motivasi anda terutamanya semasa perasaan lemah, tidak berdaya, malas, bosan atau putus asa melanda diri anda.
  1. Baca buku motivasi.
  2. Baca buku mengenai orang-orang yang berjaya.
  3. Tulis artikel motivasi.
  4. Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
  5. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
  6. Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
  7. Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  8. Bermain musik.
  9. Tengok gambar-gambar yang dapat memberi suatu semangat baru kepada anda.
  10. Meditasi.
  11. Bersenam.
  12. Bertekad untuk: menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh keberanian dan kesungguhan sehingga selesai!
  13. Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  14. Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
  15. Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  16. Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  18. Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga.
  19. Ikuti seminar motivasi.
  20. Adakan kenduri doa selamat.
  21. Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.
Pilihlah mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, motivasi diri anda akan segar dan berkembang semula.
(Hakcipta Terpelihara) 2010, Taidin Suhaimin
TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau.http://www.taidinsuhaimin.com


motivasi nih sye petik dr laman web - http://www.ugmc.bizland.com/ak-memotivasidiri.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...