Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Hari Haiwan Sedunia....


Rupa2-nya hr ni hari Haiwan Sedunia, patutlah fb penuh ngan gambar2 kucing2 yg comel2 je..sy pun nk gak lah post kucing kesayangan saya..Nama dia Ozek,  (sebab corak kt badan dia mcm mozek (lantai), berpusar2)...ozek nih hubby ambik kat kedai mamak, semasa dia tgh ngeteh..agak2 nyer ade la dlm 3/4 bulan umur dia..bila hubby bawa balik tuh, memang sangt manja. ingtkan betina..rupa2nya jantan..alahai..terlebih manja2 dia..

gambar ni masa mula2 dia masuk rumah kami..ekor dia pendek.

malam-malam terpaksa mandikan dia..sejukkkkk

badan dah bersih, dh comel, leh la guling-2

ish, takmoh la ambik gambar, kite tak hensem pung..

dh besar sikit..:)

misai habis dikerjakan si abang danish..

lincah, galak, manja, gedik; itulah saya(ozek)

 

oren tuh kawan dia sejak oren tuh kecik sampailah besar, tapi dia dh mati kena langgar keter...sedih!!, ozek dh takde kawan..

ni masa dia sakit ulser lidah..tkmoh jumpa sape2 tau!!

si Oyen nih kucing jiran, tapi hari dtg umah main ngan ozek, tuh dh lepas main la, letih..

mcm adik beradik..

i catch!!

kenal tak ape tuh, oyen?

jumpa je masti nk gaduh2..

sekarang, badan dia dah besar, emmang sgt2 besar..kuat lak tuh..makan pun ikan rebus, kalu sy malas, beli je friskie/whiskas letak je banyak2 dlm bekas..ko nak makan, makan..kalu takmoh, pose je..
hari2 nk kena beli ikan, rebus pastu makan lak, isi je..kepala taknak..kalu perut2 ikan tuh takdenyer dia nak...makan pun nak cerewet, ikut sapelah perangai dia nih...

Tapi ada kisah sedih pasal ozek nih, hari raya pose hari tuh, takde sape nk jaga dia, seminggu lak tuh, terpaksalah bawa dia balik kg skali, budak nih kalu jumpa orag lain, bukannye nk manja,..lari plak tuh..masa nk balik kl, terlupa lak nk tambat dia, jenuh jugaklah panggill dia balik..akhirnya...terpaksa tinggalkan dia kt kg..sekarang nih, abang kandung sy yg jaga..dia pun suke kucing jugak..Alhamdullillah..rindu jugak nk pegang2, peluk2 dia..ade jugak suruh en.asben balik ambik..huh!!dia kata takyah la, awak tuh tgh pregnant, tak elok tuk kesihatan..emmmmm...gtulah citernyer...(pjgnyer)

SAYANGILAH BINATANG ANDA, JANGAN MAKAN DIA TAU!!








Thursday, September 29, 2011

Kucing Bermuka Dua-Guiness World Record


TERBACA POST DLM AKHBAR HARI NIH (UTUSAN) SEEKOR KUCING YANG MENGALAMI KECACATAN (BERMUKA DUA) MASIH HIDUP SEHINGGA KINI WALAUPUN DOKTOR MENGESAHKAN JANGKA HAYATNYA PENDEK..



SEDUTAN DR AKHBAR KOSMO: Frank dan Louie memang istimewa. Haiwan itu kini digelar sebagai kucing berwajah dua yang tertua di dunia.

Menurut Reuters, kucing yang juga mempunyai dua mulut, dua hidung, dan tiga mata, namun hanya mempunyai satu otak ini telah berusia 12 tahun. Pencapaian Frank dan Louie ini diakui oleh lembaga pencatat rekod terkemuka dunia, Guinness World Records.

“Mereka adalah kucing Janus yang paling lama bertahan hidup,” kata juru cakap Guinness World Records, Sara Wilcox, Selasa lalu. Diperkenalkan oleh Dr. Karl Shuker, Janus merupakan kumpulan kucing yang memiliki kelainan genetik.

Menurut Wilcox, Frank dan Louie ini akan dicatatkan di dalam buku rekod edisi 2012. Kucing itu lahir pada 9 September 1999 dan dipelihara oleh Marty, warga AS yang tinggal berdekatat Kota Worcester, Massachusetts.

Bagi Marty, kucing Janus itu tergolong sebagai luar biasa kerana boleh hidup begitu lama. “Biasanya, kucing dengan keadaan seperti itu hanya bertahan hidup antara satu hingga empat hari,” kata Marty. “Saat kucing itu lahir, setiap hari adalah berkat,” tambah Marty.

Marty mengatakan bahawa kucing Janus ini berkelakuan seperti anjing. “Ketika dibawa berjalan, kucing itu dipandu dengan tali dan dia suka dibawa di dalam kenderaan ,” kata Marty.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...