Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 KEPADA SELURUH WARGA MALAYSIA,
DAN KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK RAJAGOPAL, TAHNIAH KERANA KEMENANGAN PAD MLM SEMALM...
SYE PUN TK TERLEPAS NONTONNYER..MEMANG MENDEBARKAN..KESIAN PUN ADER KAT GOALKEEPER MALAYSIA..MUJURLAH DIA ADER TANGAN BESI..HUHUHU..(walaupun terlepas 2 gol kt Indon)..tapi kita memang best..TGH2 BERTAHAN PUN SEMPAT LAGI 1 GOAL...YAHOOOOOOO...
TERIMA KASIH BUAT PM KERNA MENGHARGAI KEMENANGAN SEMLM ...BAGI CUTI UMUM PLAK ESOK HARI...
TAK TAHU NK WAK APER XTVT ESOK..MAYBE  G SETTLEKAN SCHOOL DANISH..

TAHUN 2011 MERUPAKAN TAHUN YG MENCABAR BG KAMI, ANAK DH MASK SKOLAH..KENALAH BG LEBIH PERHATIAN SKIT..
EMM..nampaknyer dh masa bali keje..anyway... selamat bercuti esok, lusa, tulat....
masuk keje hari senin dh 3Hb JAN 2011..

ADIOS.....

TAHNIAH UTK MALAYSIA!! 4-2

Berakhir kemarau 14 tahun
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta 
smriduan@nstp.com.my
2010/12/30

SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia,  Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.


Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.
Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan. 
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas. 

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan

Monday, December 27, 2010

Motivasi Diri


Pagi ni ader meeting, dh menjadi kebiasaan setiap bulan mesti ader seorang atau 2 org yg akan mempersembahkan Speech Comm...atau dengan kata Melayu_nya MINDA/MOTIVASI
tahun 2010, bos kata setiap kita-kita kena adakan satu motivasi tk kisah lah dlm bentuk apa, asalkan kata yg diucap mestilah boleh memotivatekan kerja kita...everyday..///emmm..everyday ya..

pagi nih, giliran sye lak..otak tgh tepu, al-maklumlah akhir tahun, semuanya rasa cam nak tido jea..
cari-cari-cari terjumpa jugaklah speech yg nak dikatakan..mujur jugaklah ader tenet nih ye..
tkyah nk baca buku..orait..kepada semua yg keje, tk keje (rs nk keje) leh la bc motivasi nih..slmat maju jaya..

21 Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Anda
Oleh Taidin Suhaimin 
Bagaimana Memotivasi Diri, Cara-Cara Meningkatkan Motivasi Diri, Meningkatkan Motivasi Diri, Kaedah Berkesan Memotivasi Diri, Suntikan Motivasi, Mengatasi Perasaan Malas, Artikel Motivasi, Perunding Motivasi, Taidin Suhaimin
Bagaimana Memotivasi Diri, Cara-Cara Meningkatkan Motivasi Diri, Meningkatkan Motivasi Diri, Kaedah Berkesan Memotivasi Diri, Suntikan Motivasi, Mengatasi Perasaan Malas, Artikel Motivasi, Perunding Motivasi, Taidin Suhaimin
Artikel ini memaparkan 21 cara yang berkesan untuk meningkatkan motivasi anda terutamanya semasa perasaan lemah, tidak berdaya, malas, bosan atau putus asa melanda diri anda.
  1. Baca buku motivasi.
  2. Baca buku mengenai orang-orang yang berjaya.
  3. Tulis artikel motivasi.
  4. Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
  5. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
  6. Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
  7. Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  8. Bermain musik.
  9. Tengok gambar-gambar yang dapat memberi suatu semangat baru kepada anda.
  10. Meditasi.
  11. Bersenam.
  12. Bertekad untuk: menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh keberanian dan kesungguhan sehingga selesai!
  13. Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  14. Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
  15. Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  16. Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  18. Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga.
  19. Ikuti seminar motivasi.
  20. Adakan kenduri doa selamat.
  21. Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.
Pilihlah mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, motivasi diri anda akan segar dan berkembang semula.
(Hakcipta Terpelihara) 2010, Taidin Suhaimin
TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau.http://www.taidinsuhaimin.com


motivasi nih sye petik dr laman web - http://www.ugmc.bizland.com/ak-memotivasidiri.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...