Pagi ni ader meeting, dh menjadi kebiasaan setiap bulan mesti ader seorang atau 2 org yg akan mempersembahkan Speech Comm...atau dengan kata Melayu_nya MINDA/MOTIVASI
tahun 2010, bos kata setiap kita-kita kena adakan satu motivasi tk kisah lah dlm bentuk apa, asalkan kata yg diucap mestilah boleh memotivatekan kerja kita...everyday..///emmm..everyday ya..
pagi nih, giliran sye lak..otak tgh tepu, al-maklumlah akhir tahun, semuanya rasa cam nak tido jea..
cari-cari-cari terjumpa jugaklah speech yg nak dikatakan..mujur jugaklah ader tenet nih ye..
tkyah nk baca buku..orait..kepada semua yg keje, tk keje (rs nk keje) leh la bc motivasi nih..slmat maju jaya..
21 Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Anda
Oleh Taidin Suhaimin

Artikel ini memaparkan 21 cara yang berkesan untuk meningkatkan motivasi anda terutamanya semasa perasaan lemah, tidak berdaya, malas, bosan atau putus asa melanda diri anda.
- Baca buku motivasi.
- Baca buku mengenai orang-orang yang berjaya.
- Tulis artikel motivasi.
- Dirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
- Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah dari Allah.
- Cipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.”
- Dengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
- Bermain musik.
- Tengok gambar-gambar yang dapat memberi suatu semangat baru kepada anda.
- Meditasi.
- Bersenam.
- Bertekad untuk: menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh keberanian dan kesungguhan sehingga selesai!
- Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
- Susunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
- Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
- Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
- Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
- Pergi beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga.
- Ikuti seminar motivasi.
- Adakan kenduri doa selamat.
Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.
Pilihlah mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, motivasi diri anda akan segar dan berkembang semula.
(Hakcipta Terpelihara) 2010, Taidin Suhaimin
TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau.http://www.taidinsuhaimin.com
motivasi nih sye petik dr laman web -
http://www.ugmc.bizland.com/ak-memotivasidiri.htm